Sejarah IPGM KPP

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang terletak di Bukit Coombe, Gelugor, Pulau Pinang. Institut ini telah ditubuhkan pada tahun 1954 di Kota Bharu, Kelantan dan berpindah pada tahun yang sama ke Pulau Pinang. Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Penang Teachers’ Training College dan kemudiannya diberikan nama Malayan Teacher Training College (MTTC). Pada 1 Januari 1957, MTTC ditukarkan kepada Malayan Teachers’ College (MTC) atau Maktab Perguruan Persekutuan. MTC dirasmikan pada 14 Mei 1959 oleh Dato’ Abdul Razak, Pemangku Perdana Menteri. Pada 11 Mei 2006, institut ini bersama-sama dengan institut perguruan lain di seluruh negara dinaik taraf menjadi institut pendidikan guru dan namanya ditukar menjadi Instituit Perguruan Persekutuan. Mulai tahun 2009, institut ini mula dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. IPG berfungsi untuk memastikan latihan perguruan dapat menjamin tahap kompetensi profesionalisme guru yang ditetapkan oleh SGM tercapai. IPG Kampus Pulau Pinang bertanggungjawab bagi memantapkan 4 bidang yang berkaitan dengan latihan keguruan iaitu Pengetahuan, Perwatakan, Penyelidikan dan Penerbitan. Setiap bidang mengandungi beberapa pengisian untuk dilaksanakan berdasarkan piawaian dan objektif serta matlamat yang akan menuju ke arah kecemerlangan berpaksikan agama dan nilai murni. Bidang utama yang menjadi pengkhususan Institut ini ialah Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun terdapat juga bidang-bidang lain yang menjadi mata pelajaran pengkhususan di institut ini. Antaranya ialah bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Moral, Muzik, Pendidikan Agama, Pendidikan Pemulihan dan Kajian Sosial. Di samping itu, beberapa mata pelajaran lain diajar sebagai elektif.

Antara program utama yang dijalankan di institut ini ialah :

  • Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP)
  • Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PPISMP)
  • Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah peringkat diploma, lepas diploma dan lepas ijazah
  • Kursus Dalam Cuti seperti Kursus Lepas Ijazah dan Diploma untuk Guru KEMAS/PERPADUAN.

0 comments:

Post a Comment

Kalendar

>Ts. Hazlie

Selamat Datang

Pengunjung

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal ini

Portal ini dibina bagi memudahkan urusan hebahan maklumat kepada Menti PISMP AMB JUN 2023/2028

Undian

Telefon

Blog Archive