Objektif

Program Mentor Menti merupakan program yang dibina khusus untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membina dan melatih pelajar membentuk sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek emosi, sosial, intelek, rohani dan jasmani. 

Salah satu fokus utama dalam Transformasi Pendidikan Malaysia yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah meningkatkan kualiti guru di Malaysia.

Justeru itu, salah satu inisiatif yang dapat memastikan kualiti guru ini sentiasa berada di tahap yang baik adalah dengan melaksanakan Program Mentor Menti di seluruh Institut Pendidikan Guru di Malaysia. 

Ianya melibatkan tindakan-tindakan seperti

  1. memberikan pendidikan dan latihan berkualiti kepada guru
  2. mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada mereka
  3. menyediakan sokongan profesional 
  4. menggalakan pembangunan profesional yang berterusan
Objektif Program Mentor Menti ini ialah
  1. Meningkatkan ilmu, produktiviti, kreativiti dan inovasi
  2. Memupuk jati diri, memperkembang bakat kepimpinan dan mempunyai wawasan. 
  3. Memupuk sikap dedikasi dan akauntabiliti terhadap profesion keguruan
  4. Berakhlak dan bermoral yang sesuai dengan kehendak agam, masyarakat dan negara
  5. Meningkatkan semangat rasa kasih sayang terhadap diri dan orang lain, mengurus keseimbangan emosi, sosial, intelek, rohani dan jasmani
  6. Menghargai persekitaran dan alam sekitar. 

0 comments:

Post a Comment

Kalendar

>Ts. Hazlie

Selamat Datang

Pengunjung

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal ini

Portal ini dibina bagi memudahkan urusan hebahan maklumat kepada Menti PISMP AMB JUN 2023/2028

Undian

Telefon

Blog Archive